Friday, May 23, 2008

Cabai



Bagaikan tak tercapai tangan

mahu membeli cabai sebiji berharga 25¢

sedangkan benihnya jika

dibuang ke laman tumbuh membiak

sedangkan benihnya jika dimakan dek unggas hidup meruak.

Kenapa pula durian kampung harganya tidak naik melambung

sejak sedekad gerainya masih usang

opah penjualnya semakin walang dusun & kebun semak berlalang

anak merantau tak pulang-pulang.

Cabai sebiji 25¢ durian kampung sebakul dikira borong

nasib anak bangsaku terusan menakik untung

apek memajak tanah labanya bergunung.

No comments: