Friday, May 23, 2008

Tsunami



Tsunami ini

bukan ombak yang menggila

menerjah daratan memusnahkan

segala di haluan

tapi ia badai yang menggemparkan

memusnahkan jiwa yang alpa

yang selama ini mabuk dengan kuasa

mandat di beri bukan untuk berbakti

tapi membena keegoan diri

tidak pernahkah terfikir di minda

satu tangan yang memberi

bukan untuk menjadi tuan kepada kami

bukan untuk cakap berdegar tapi ekor bergelumang tahi

kami ingin kamu menjadi suara untuk kami

membela nasib bangsa

yang kian tersepit di putaran masa

tapi kamu bermegah dengan rumah mewah

berkereta import

sedang kami masih di takuk lama

yang sawah ke sawah

yang menoreh tetap begitu

penjaja tersepit di lorong lorong kelam

perut tetap minta di isi

sedang duit semakin kecil nilainya

anak anak tidak lagi memandang pada sekeping siling 10 sen

tiada apa yg dapat di belinak masuk tandas pun tidak di bagi .

Gelombang ini.

bukan kerana kami benci

tidak sekali menderhaka

cuma dengarlah rintihan kami

anak peribumi...

jika selalu sangat di injak

sesekali tangan ini hendak jua menyepak

Tsunami ini..

bukan kerana mereka sudah semakin gagah

atau kita semakin lemah

tapi luahan hati kami yang gelisah.

No comments: