Friday, May 23, 2008

Pentas Kehidupan


ketika di luar sana

mereka berperang menjulang senjata
aku di sini bergelut dengan rasa

tapi penamatnya tetap sama

ada yang punah ada yang musnah

pengorbanan meminta sebanyak airmata yang serupa

cuma luka ini tidak kelihatan

tapi parahnya mencengkam

menusuk hati

musuh adalah diri

hati yang tak mau mengerti

bahawa perjalanan ini

tidak akan terhenti walau ajal menanti di hujung hari

di SANA baru bermula sebuah kehidupan

berlandaskan apa yang kita lakukan

di pentas Lakunan ini.

No comments: